KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyediakan 100 saintis bioteknologi ke 100 sekolah bagi meningkatkan minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Perdana Menteri berkata, ini kerana negara sedang menghadapi masalah ketika ini berikutan minat anak-anak sekolah terhadap bidang tersebut agak menurun. Justeru, katanya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) perlu menjalankan kerjasama lebih erat dengan Kementerian Pendidikan…










