SETIU: Wakil State Terengganu Endurance Team (STET), Mohd. Faris Haikal Hassan Sa’ari muncul juara kategori utama CEI 120 kilometer (km) dalam Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini, hari ini. Pelumba tuan rumah itu tiba paling awal di garisan penamat dengan catatan masa 6 jam 5 minit 5 saat (s) untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM9,075 dan piala…