MCA perlu fikir masak-masak, jangan terburu-buru - Noor Azleen - Utusan Malaysia

MCA perlu fikir masak-masak, jangan terburu-buru – Noor Azleen

NOOR AZLEEN Ambros berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang di Taman Rinting, Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: MCA perlu memikirkan semasak-masaknya dan tidak terburu-buru membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) hanya bersandarkan sentimen semasa.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, MCA perlu mengimbau kembali sejarah kerjasama dengan BN serta berpandangan jauh sebelum membuat keputusan sukar itu.

Menurutnya, Pemuda UMNO Johor memahami situasi yang dialami MCA ketika ini yang tidak mempunya jawatan dalam kerajaan dan menganggap disisihkan ketika ini.

“MCA jangan hanya melihat dalam konteks semasa walaupun pada hari ini mereka hanya tinggal dua kerusi dan tak mempunyai jawatan dalam kerajaan.

“Mereka kena lihat ke belakang, perlu lihat balik sejarah dan lihat ke depan, apa yang terbaik untuk negara. Jangan buat keputusan terburu-buru,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd. Imran Tamrin di Taman Rinting, malam tadi.

Sebelum ini sebuah portal berita melaporkan, pucuk pimpinan MCA dan anggota akar umbi parti tidak lagi gembira dengan kedudukan parti iru dalam BN selepas menyertai gabungan tersebut sejak 72 tahun lalu.

Namun, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menafikan dakwaan terbabit dengan menjelaskan tiada sebarang perbincangan dibuat dalam kalangan pemimpin parti itu.

Mengulas lanjut, Noor Azleen berkata, MCA perlu yakin dengan formula perkongsian kuasa yang diamalkan oleh BN sejak sekian lama setelah ia terbukti berkesan dalam mentadbir negara berbilang kaum sejak merdeka sehingga 2018.

“Bagi Pemuda UMNO Johor, kita masih yakin bahawa formula BN, iaitu perkongsian kuasa yang mewakili semua kaum di Malaysia dan satu-satunya parti yang mampu dan boleh menguruskan negara majmuk berbilang kaum ini. 

“Melayu sahaja tak mungkin boleh tubuh kerajaan, perlu ada formula perkongsian kuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN