SUNGAI BULOH: Ahli keluarga mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah belum tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi urusan tuntutan jenazah hari ini. Media sebelum itu difahamkan menerusi kiriman Whatsapp abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah, yang menyatakan urusan berkenaan dijangka dilakukan selepas pengambilan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ibu mangsa di Hospital Kuala Kubu Bharu. Jelasnya, perkara tersebut tidak mendapat kepastian waktu untuk menjalankan urusan tuntutan jenazah. “Kami…










