JOHOR BAHRU:Terpengaruh dengan keuntungan skim pelaburan yang ditawarkan kenalan, seorang juruteknik lelaki mengalami kerugian sebanyak RM167,147, bulan lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, semalam yang mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang kenalan dalam laman sosial Facebook yang menawarkan skim pelaburan dalam talian dengan keuntungan 20 peratus daripada modal yang dilaburkan. “Mangsa diberitahu hanya perlu mendaftarkan diri menerusi pautan yang diberikan, seterusnya mengambil tempahan daripada pelanggan dan membuat bayaran dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya