Lupa tutup api dapur gas, rumah terbakar

Lupa tutup api dapur gas, rumah terbakar

ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran rumah di Kampung Chandan, Pasir Mas, Kelantan hari ini-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya terbakar selepas terlupa untuk menutup api dapur gas dalam kejadian di Kampung Chandan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu mangsa Tuan Normala Tuan Mat, 38, tiada di rumah kerana membawa anaknya ke Klinik Sungai Keladi untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Tuan Normala kejadian itu diketahuinya selepas menerima panggilan daripada ibu saudaranya yang memaklumkan rumahnya terbakar.

“Terkejut dengan berita tersebut saya terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Sejurus tiba saya hanya mampu melihat dari jauh tanpa sempat berbuat apa-apa kerana api marak dengan begitu cepat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuan Normala memberitahu, sebelum membawa anak kedua dan bongsu ke klinik dia sempat memasak air gula di atas dapur gas.

Katanya, bagaimanapun dia terlupa untuk menutup api dapur gas tersebut.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Azmi Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.15 pagi sebelum 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Pasir Mas dan Tanah Merah ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan rumah jenis kekal terbakar 80 peratus.

“Punca dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN