KOTA BHARU: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan lelaki di kawasan kaki lima sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku, di sini pada Sabtu lalu. Perintah reman terhadap lelaki berusia 47 tahun itu bermula hari ini hingga 22 Julai dikeluarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli. Permohonan reman itu bagi membolehkan lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Terdahulu, lelaki itu menaiki trak polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini dengan memakai baju lokap berwarna oren kira-kira pukul 8.30 pagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya