Langgar lari: Pemandu Perodua Alza direman tiga hari - Utusan Malaysia

Langgar lari: Pemandu Perodua Alza direman tiga hari

SEORANG lelaki ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes langgar lari yang menyebabkan kematian pejalan kaki di Kilometer 0.5, EDL, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemandu Perodua Alza warna merah yang terlibat dalam kes langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di Kilometer 0.5, Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) awal pagi semalam direman tiga hari.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar, hari ini.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap dan bergari diiringi anggota polis tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.40 pagi.

Permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek berusia 38 tahun itu tampil ke balai polis bagi menyerah diri pada pukul 3.30 petang, hampir 12 jam selepas kejadian langgar lari itu berlaku.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu mengorbankan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN