SEREMBAN: Sebarang keputusan berkenaan kerjasama di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan ditentukan selepas ia dibawa ke peringkat Dewan Tertinggi parti itu untuk dibincangkan. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai sebuah parti yang dianggotai oleh empat buah parti iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), apa juga keputusan perlulah dicapai hasil konsensus kesemua parti tersebut.…