Keputusan bedah siasat Nur Farah Kartini ‘Pending Laboratory Investigation’ - Utusan Malaysia

Keputusan bedah siasat Nur Farah Kartini ‘Pending Laboratory Investigation’

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keputusan bedah siasat  mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah diklasifikasi sebagai Pending Laboratory Investigation.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses bedah siasat dijalankan pada hari ini oleh pakar patalogi di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bermula pukul 3 sehingga 5.30 petang tadi.

Hussien mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yanh boleh menganggu siasatan kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Nur Farah Kartini yang bekerja sambilan di sebuah syarikat sewa kereta di Tanjung Malim dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Beliau gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di kawasan perumahan di Tanjung Malim sekitar pukul 8 pagi, hari terbabit.

Semalam, mayatnya ditemui dalam keadaan sudah mereput di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Felda Gedangsa di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×