KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) berhasrat menjadikan Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh sebagai pusat kecemerlangan fisioterapi pada masa akan datang. Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin bagaimanapun, perkara itu masih dalam perancangan dan juga memerlukan bantuan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk direalisasikan. “Ini adalah permulaan dan kita sedang melengkapkannya termasuk menghantar pakar bahagian fisioterapi daripada Hopsital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk memberi perkhidmatan di sana.…









