Janji peruntukan pembangkang hanya ‘pemanis’

Janji peruntukan pembangkang hanya ‘pemanis’

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang menganggap janji peruntukan yang mahu diberikan hanya siri pembohongan pihak kerajaan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan te­lah diadakan banyak kali namun tiada sebarang perkembangan berkaitan peruntukan pembangkang.

“Setakat ini perbincangan telah diadakan beberapa kali dan masih tiada gambaran peruntukan akan diberi.

“Kami menganggap ia adalah siri pembohongan dan penafian hak, tidak seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Anwar dilaporkan berkata, mahu mengadakan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang disegerakan bagi membolehkan satu keputusan dimuktamad dengan kerajaan dan mengelak sebarang rundingan dijalankan secara berasingan.

Perdana Menteri berkata, isu peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit memandangkan syarat ditetapkan kepada ahli Parlimen pembangkang yang mahu mendapatkan peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa.

Tambah Tuan Ibrahim, blok pembangkang tidak menerima sebarang syarat atau peraturan yang dikemukakan daripada pihak kerajaan.

“Tiada sebarang peruntukan diberi dan ia menggambarkan satu lagi usaha reformasi yang gagal diperjuangkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN