Jangan tularkan, buat aduan kepada KPDN jika peniaga tipu

Jangan tularkan, buat aduan kepada KPDN jika peniaga tipu harga durian

NORENA Jaafar melakukan operasi gerai durian di tepi jalan sekitar Cheng, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengguna diingatkan agar tidak menularkan dalam media sosial berkenaan peniaga durian yang menipu promosi jualan harga murah bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Diri (KPDN) mengambil tindakan.

Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar menggesa orang ramai terus membuat aduan kepada pihaknya yang akan bertindak dalam tempoh 24 jam.

Katanya, tindakan menularkan perkara sedemikian membolehkan para peniaga terlibat menghapuskan bukti lalu tidak boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13 (1) (a) Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini daripada 28 pemeriksaan yang dijalankan ke atas premis menjual durian di negeri ini, hampir kesemua peniaga mematuhi arahan meletakkan tanda harga, membuat promosi yang tepat dan menggunakan alat timbang yang sah.

“Kita juga tidak menerima sebarang aduan setakat ini berkaitan kenaikan harga yang tinggi dan ada peniaga tidak bersikap jujur membuat promosi jualan murah.

“Begitupun, KPDN akan terus mengawasi harga durian dan promosi yang dijanjikan berikutan Melaka kini dibanjiri banyak durian,” katanya selepas melakukan operasi di tepi jalan sekitar Cheng di sini, semalam.

Tambah Norena, semua peniaga durian diingatkan agar tidak membuat promosi jualan murah tetapi kemudiannya tidak menjual seperti diuar-uarkan.

Jelasnya, KPDN boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini