JAKARTA: Indonesia melancarkan skim visa jangka panjang sehingga 10 tahun untuk menarik pelabur asing. Presidennya, Joko Widodo (Jokowi) berkata, dengan jumlah pelaburan sehingga AS$10 juta (RM46.65 juta), inisiatif itu menawarkan visa 10 tahun dan akses kepada ekonomi terbesar di Asia Tenggara. ‘Visa Emas’ lima tahun memerlukan pelabur individu untuk menubuhkan sebuah syarikat bernilai AS$2.5 juta (RM11.6 juta), manakala visa 10 tahun memerlukan pelaburan AS$5 juta (RM23 juta). Individu yang tidak…










