JOHOR BAHRU: Ahli Keluarga kanak-kanak yang diculik, Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar yang mengesahkan perkara itu memberitahu, ibu bapa kanak-kanak itu juga tidak mengenali suspek kelima, iaitu lelaki berusia 31 tahun yang ditahan polis yang disyaki melarikan dan mengurung mangsa di sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor, kelmarin. “Setakat…










