HRD Corp: Laporan diserah kepada SPRM

HRD Corp: Laporan diserah kepada SPRM

KHAIRUL Dzaimee Daud (tengah) bercakap kepada pemberita berhubung laporan yang diserahkan Kementerian Sumber Manusia ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu HRD Corp di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp). 

Laporan tersebut diserahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud bersama Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood di Ibu pejabat SPRM di sini, kira-kira pukul 11 pagi semalam. 

Menurut Khairul Dzaimee, laporan yang dibuat itu adalah selaras dengan syor dikemukakan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) agar kementerian melaporkan kepada agensi penguatkuasaan. 

“Laporan ini mengandungi isu-isu yang dibangkit kan LKAN dan maklum balas yang diberikan oleh kementerian (kepada) HRD Corp, iaitu agensi di bawah Kesuma yang dinamakan atau terlibat dalam laporan ini,” katanya dalam si dang akhbar di sini, semalam. 

Laporan yang diumumkan kelmarin mengesyorkan Kesuma merujuk kepada agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan sewajar nya berhubung ketidakteraturan yang dikenal pasti terhadap pengurusan HRD Corp. 

LKAN turut mendapati HRD Corp mempunyai kelemahan pengurusan dalam melaksanakan operasi dan aktiviti syarikat mengikut tatakelola dan peraturan ditetapkan hingga agensi itu belum mencapai objektif penubuhannya, termasuk petunjuk utama prestasi (KPI) 2023 dan pindaan KPI tidak diluluskan lembaga pengarah.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, susulan laporan dibuat, SPRM turut memberi jaminan untuk menjalankan siasatan yang adil dan penuh profesional berhubung isu tersebut.

Ditanya sama ada terdapat pegawai HRD Corp yang akan digantung tugas susulan penemuan LKAN berkenaan, beliau menjelaskan, Kesuma tidak akan menggantung tugas mana-mana individu berikutan tindakan itu hanya dilakukan sekiranya kementerian menjalankan siasatan dalaman terhadap kes tersebut.

“Tidak ada, sekiranya siasatan dalaman diwujudkan (barulah) pegawai digantung sementara. Oleh kerana siasatan dilakukan oleh SPRM, jadi tidak perlu mana-mana pegawai ditahan tugas atau digantung sementara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN