PETALING JAYA: Harga ikan boleh melonjak melebihi dua kali ganda sekiranya aktiviti pencerobohan nelayan asing yang menyebabkan 50 peratus hasil laut negara dicuri tidak dibanteras. Pakar Keterjaminan Makanan, Prof Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad berkata, negara dijangka berdepan masalah ikan mahal ekoran nelayan tidak mempunyai modal untuk meneroka laut dengan lebih luas dan perlu berdepan dengan pesaing negara-negara lain. Menurut beliau, krisis ‘kecurian’ hasil laut negara sudah berlarutan terlalu lama…







