MELAKA: Dua papan iklan yang tumbang di Bachang dan Banda Hilir di sini, awal pagi semalam berikutan angin kuat yang melanda kawasan itu disahkan tidak mempunyai lesen dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT). Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, empat PBT di negeri ini diminta memantau pemasangan papan iklan terutama yang dipasang secara haram kerana ia boleh mengancam keselamatan orang ramai. Ujarnya, papan iklan haram berkemungkinan tidak mengikut prosedur pemasangan ditetapkan sehingga menyebabkan ia tumbang ketika dilanda angin kuat. “Alhamdulillah,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya