KOTA TINGGI: Dua buah kapal asing yang terlibat pelanggaran Jumaat lalu ditunda ke perairan Sedili kira-kira 20 batu nautika timur Tanjung Sedili hari ini untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata, siasatan ke atas kapal MT Hafnia Nile dan kapal tangki MT Ceres I akan dijalankan pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS). Katanya pelanggaran…










