JOHOR BAHRU: Polis Johor merampas pelbagai jenis minuman keras beserta rokok bernilai RM725,324 menerusi dua operasi berasingan yang dijalankan di Tampoi dan Masai, di sini. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar memberitahu, operasi pertama dijalankan di Taman Megah Ria, Masai, Rabu lalu manakala operasi kedua dijalankan di Damansara Aliff, semalam. “Menerusi operasi pertama yang dijalankan pada pukul 7.30 malam, pihak polis menyerbu premis yang menyimpan 70 kotak dan karton minuman…










