GUA MUSANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu projek pembinaan jalan perhubungan Kuala Betis-Pos Bihai-Pos Belatim-Pos Balar-Pos Hau-Kuala Betis di sini yang melibatkan penempatan masyarakat Orang Asli percepatkan dengan kadar segera. Ahmad Zahid berkata, mengikut perancangan kerja-kerja pembinaan mengambil masa selama 48 bulan namun beliau telah meminta Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya kontraktor yang dilantik mempercepatkan penyiapan projek tersebut. Menurutnya, hal ini…










