45 mangsa terperangkap kejadian kepala air berjaya diselamatkan

45 mangsa terperangkap kejadian kepala air berjaya diselamatkan

PASUKAN bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di sungai berhampiran Kolam Batu Gajah, Kampung Longob, Kota Marudu, Sabah semalam. – IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA MARUDU: Seramai 45 pen­duduk yang menyaksikan pertandingan memancing, berhadapan detik cemas apabila berlaku kejadian kepala air di sungai berhampiran Kolam Batu Gajah, Jalan Tandek Kampung Longob, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 4.30 petang itu, kesemua 45 mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pusat Gerakan Operasi JBPM memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan me­ngenai kejadian kepala air kira-kira pukul 4.30 petang dan sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak 14 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati 45 mangsa yang terdiri daripada 38 orang dewasa dan tujuh kanak-kanak terperangkap di seberang su­ngai akibat kejadian kepala air yang mengakibatkan jambatan di sungai tersebut dihanyutkan arus deras.

“Sebelum kejadian, semua mangsa sedang menjalankan aktiviti pertandingan meman­cing di kolam berhampiran.

“Pasukan bomba menye­la­­mat­kan semua mangsa me­ng­gunakan tali dan tangga. Ke­semua mangsa tidak mengalami sebarang kecede­raan dilaporkan,” katanya da­lam satu kenyataan.
Operasi menyelamat ditamatkan pada pukul 6.47 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN