PETALING JAYA: Sebanyak 38 makmal seluruh negara menerima penganugerahan status Makmal BioNexus Partners (BNP) Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation). Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, penganugerahan tersebut meliputi 20 institusi pengajian tinggi, 10 institusi penyelidikan, lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan tiga makmal swasta. Katanya, dengan penerimaan status tersebut, syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bioteknologi serta berasaskan bio diberi sokongan dan bimbingan dalam penyelidikan produk baharu, penambahbaikan produk sedia ada, serta analisis dan pengkomersialan produk. “Makmal-makmal BNP juga diberi pelbagai akreditasi antarabangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya