WASHINGTON: White House mengecam parti Republikan kerana menyebarkan video yang memaparkan kemerosotan mental dan fizikal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dengan menjelaskan imej itu dipotong dan dimanipulasi secara menipu. Setiausaha Akhbar, Karine Jean-Pierre menyifatkan Republikan terdesak sehingga terpaksa menggunakan klip video yang dianggap terlalu ‘murahan’. Rangkaian termasuk New York Post dan akaun media sosial rasmi Republikan berkongsi beberapa video pendek yang memaparkan kelakuan memalukan presiden berusia 81 tahun itu.…