Warga emas maut kemalangan di Saratok

Warga emas maut kemalangan di Saratok

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang maut dalam sebuah kemalangan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Saratok-Roban di sini pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARATOK: Seorang warga emas maut apabila Perodua Kancil yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Saratok-Roban di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut pada pukul 7.22 pagi.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerah ke tempat kemalangan untuk memberi bantuan.

“Setiba di lokasi, didapati pemandu kereta Perodua Kancil terbaring di luar kenderaannya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu dan penumpang kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Tambahnya, mangsa dikenali sebagai Mathew Solis George Tangkun, 72.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis Saratok untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN