Utusan Pelajar beri motivasi

Utusan Pelajar beri motivasi, tambah bahan bacaan

GURU dan murid SK Convent Teluk Intan membaca sisipan Utusan Pelajar yang mula diterbitkan Rabu lalu. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Guru dan murid di daerah ini mengakui teruja dengan berita aktiviti pelajar dan sekolah yang disiarkan dalam sisipan khas Utusan Pelajar yang diterbitkan pada Rabu lalu.

Mereka berkata, sisipan yang memuatkan berita aktiviti pelajar, kegiatan dalam bilik darjah, isu sekitar dalam dan luar sekolah selain aktiviti inovasi, cukup menarik untuk dibaca dan menambah pengetahuan.

Menurut mereka, paling menarik ialah laporan muka depan sisipan pertama itu mengenai cabaran dan kesukaran murid di kawasan pedalaman di Sabah yang terpaksa meredah laluan tanah merah dan menaiki bot atau perahu untuk ke sekolah.

Murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Convent di sini, Hayfa Alisha Han Haris Han berkata, hanya melalui sisipan Utusan Pelajar dia dapat mendapat maklumat mengenai keadaan itu.

Katanya, membaca kisah murid di pedalaman Sabah itu memberi kesedaran dan motivasi kepadanya supaya belajar bersungguh-sungguh.

“Banyak berita menarik yang dibaca dalam sisipan ini terutama aktiviti pelajar. Bagi saya paling menarik ialah kisah pelajar di pedalaman Sabah yang berdepan cabaran ke sekolah sehingga ada yang meredah tanah merah dan menaiki bot.

“Rupa-rupanya ada murid di luar sana yang bersusah payah untuk menimba ilmu tetapi mereka tetap semangat demi mahu mencari ilmu,” katanya.

Guru sekolah tersebut, Muhammad Ashraf Dzulkifki berkata, usaha Utusan Malaysia menerbitkan Utusan Pelajar wajar dipuji kerana dapat menambahkan lagi pilihan bahan pembelajaran dan maklumat mengenai pendidikan kepada murid.

Katanya, ia memberikan galakan kepada sekolah mengadakan aktiviti kreatif dan memberi motivasi kepada murid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×