PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri di sini untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Beliau yang menaiki kenderaan berwarna biru gelap itu tiba kira-kira pukul 10.46 pagi dan terus memasuki bangunan berkenaan. Sejak awal pagi tadi beberapa pengamal media sudah pun dilihat menunggu di luar BHEUU bagi mengetahui…









