Tujuh rumah setinggan, dua rumah kedai terbakar - Utusan Malaysia

Tujuh rumah setinggan, dua rumah kedai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kira-kira tujuh rumah setinggan dan dua rumah kedai hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Padu di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8 malam tadi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, L Logeswaran berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dibantu BBP Jalan Tun Razak, BBP Cheras, BBP Jalan Hang tuan dan Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, kebakaran membabitkan tujuh rumah setinggan di mana enam daripadanya musnah 100 peratus dan satu lagi musnah 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kebakaran turut membabitkan rumah kedai dua tingkat dengan kemusnahan 100 peratus selain tiga kereta dan tiga motosikal musnah.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×