BANGKOK: Senat Thailand bersedia untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) perkahwinan sejenis pada Selasa ini, sekali gus menjadi negara pertama di Asia Tenggara mengiktiraf hak kesaksamaan pasangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Timbalan Jurucakap Kerajaan, Rudklao Suwankiri dalam kenyataan hari ini berkata, RUU perkahwinan sejenis semakin hampir ke garisan penamat. RUU itu akan dihantar kepada Kabinet untuk diluluskan dan dikemukakan untuk pengesahan diraja, sebagai satu proses formaliti semata-mata. Kelulusan oleh…