SEREMBAN: Tahap guna pakai dan pembangunan dua Taman Industri Halal Halmas (Halal Park) di Negeri Sembilan berada di tahap tinggi terutama di kawasan techpark@enstek di Bandar Enstek di sini. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, malahan permintaan terhadap pelaburan halal di negeri ini juga adalah tinggi sehinggakan pembangunan techpark@enstek sudah memasuki fasa tiga. Kata beliau, Halal Park di Negeri Sembilan dilihat paling mendapat sokongan daripada pelabur termasuk terbaharu syarikat…










