Syarikat pembuatan bahan kimia cemarkan alam sekitar didenda RM100,000 - Utusan Malaysia

Syarikat pembuatan bahan kimia cemarkan alam sekitar didenda RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebuah syarikat pembuatan kimia yang premisnya dikesan menyebabkan pencemaran di Senawang di sini pada tahun 2021 telah dijatuhkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000 di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan, Hakim, Mazni Nawi telah mensabitkan kesalahan yang dilakukan oleh Syarikat Zhen Xing Plastic Sdn. Bhd.

Menurut jabatan itu lagi, pihak orang kena saman (OKS) diwakili Soh Kiong Heng selaku pengarah urusan syarikat telah membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JAS Negeri Sembilan, Muhammad Fitri Soroni dan Zainoorliza Zainal Abidin.

Menjelas lanjut, JAS Negeri Sembilan memaklumkan, pada 21 Mei 2021 kira-kira pukul 1 tengah hari, jabatan itu telah menerima aduan orang awam dan sepasukan pegawai telah ke premis tersebut bagi menjalankan siasatan.

“Semasa siasatan dijalankan, didapati terdapat pelepasan cecair yang dipercayai hasil daripada pembersihan tumpahan bahan kimia yang dilepaskan ke perairan daratan iaitu longkang awam yang seterusnya mengalir ke Sungai Simen yang menyebabkan pencemaran bau,” kata kenyataan tersebut. .-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN