GEORGE TOWN: Kesungguhan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim untuk mengheret individu yang menyimbah asid ke badannya ke muka pengadilan disokong kebanyakan pihak. Rata-rata mereka menyuarakan hasrat yang sama iaitu untuk melihat kes tersebut diselesaikan secepat mungkin. Bagi Presiden Kelab Bola Sepak DNA Faisal Halim (KBSDFH), Ammar Muhamad Pauzi berkata, mereka turut berkongsi kesedihan dengan anak kelahiran Mengkuang Titi, Bukit Mertajam itu terutamanya selepas melihat kemunculan Faisal ketika sidang akhbar semalam.…