LJUBLJANA: Slovenia menjadi negara baharu di Eropah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat selepas Parlimennya mengundi menyokong langkah itu. Parlimen negara itu mengadakan pengundian secara besar-besaran semalam, bagi mengikut jejak langkah tiga negara Eropah lain Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas Sepanyol, Norway dan Ireland mengiktiraf negara Palestin, satu tindakan yang turut dikecam oleh Israel. Sebelum ini, ketiga-tiga negara Eropah itu percaya langkah mereka mempunyai kesan simbolik…










