JOHOR BAHRU: Seramai 35 kaki judi termasuk tiga wanita dicekup ketika sedang leka bermain judi dalam dua serbuan berasingan di daerah ini dan Muar. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, dalam serbuan serentak pada pukul 12.30 tengah malam Khamis lalu, pihaknya menahan kesemua suspek warga tempatan berusia antara 20 hingga 68 tahun. “Dalam serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya merampas pelbagai peralatan permainan perjudian jenis see kee pee dan…