MEKAH: Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia pada malam Rabu lalu akibat serangan jantung. Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Allahyarham Mohd. Zahir Ismail, 58, berasal dari Alor Setar, Kedah meninggal dunia semasa menunaikan umrah pertama. Katanya, mangsa yang menetap di Maktab 78 merupakan jemaah haji kedua meninggal dunia setakat ini. “Allahyarham dilaporkan melakukan tawaf umrah pertama bersama isterinya dan jemaah dari maktab yang sama…