Saya tidak boleh ulas apa-apa sekarang - Datuk Zayn Rayyan - Utusan Malaysia

Saya tidak boleh ulas apa-apa sekarang – Datuk Zayn Rayyan

Zayn Rayyan
ZAYN RAYYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Datuk kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin,6, tidak mempunyai maklumat yang jelas berhubung penahanan anak dan menantunya.

Datuk kepada kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba, 56, berkata, tiada sebarang kenyataan dapat dikeluarkan oleh keluarganya buat masa ini.

Kata beliau, penahanan anak lelaki dan menantunya hanya diketahui menerusi rakannya ketika dia melakukan ekspedisi di sebuah hutan di Dungun, Terengganu semalam.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh ulas apa-apa sebab sekarang baru keluar dari hutan di Dungun Terengganu.

“Jadi jaringan internet tidak begitu kuat, saya hanya dimaklumkan penahanan itu daripada rakan-rakan sahaja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru itu, Zahari berkata, keluarganya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga dirinya pulang dan berbincang bersama keluarga.

“Keluarga saya tidak dapat keluarkan kenyataan buat masa ini, tunggu sehingga saya pulang,” jelasnya.

Terdahulu, polis menemukan bukti baharu dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada Disember tahun lalu yang turut membawa kepada penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme itu pada Jumaat lalu.

Penahanan pasangan 28 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada pukul 10.25 pagi dan perintah reman diperoleh semalam.

Ibu bapa kanak-kanak itu direman seminggu bermula hari ini sehingga 7 Jun ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×