Remaja maut terbabit kemalangan langgar lari

Remaja maut terbabit kemalangan langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang remaja maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan dalam kejadian di Batu 9, Jalan Labu di sini awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kemalangan yang dipercayai langgar lari itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki berumur 14 tahun. 

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian, penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Kampung Tebing Tinggi, Labu menghala ke arah Nilai.

“Apabila tiba di lokasi kemalangan, dipercayai motosikal telah dilanggar oleh sebuah kenderan lain dari arah yang sama.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal yang juga merupakan seorang pelajar sekolah menengah mengalami kecederaan parah di kepala telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik Klinik Kesihatan Nilai,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kes berkenaan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan an orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Farid Danial  Azli di nombor 012-9122198.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN