PETALING JAYA: Tindakan kerajaan meratifikasi Konvensyen No. 155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mencerminkan komitmen Kerajaan Malaysia menegakkan keselamatan pekerjaan yang menyeluruh dan peraturan kesihatan selaras dengan amalan terbaik global, sekali gus meningkatkan perlindungan hak dan kesejahteraan pekerja. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, komitmen itu memastikan keselamatan pekerja dan memastikan undang-undang yang betul mengenai keselamatan di tempat kerja terpelihara. Menurutnya, ratifikasi itu selari dengan pindaan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2024, yang mengutamakan kepentingan keselamatan dan kesihatan tempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya