REMBAU: Proses pemilihan Undang Luak Rembau yang baharu dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh 100 hari mulai 15 Mei lalu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Muhamad Sharip Othman. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pesaka Undang Luak Rembau ke-22, Abdul Razak Mohd. Yassin berkata, proses itu melibatkan tujuh fasa mulai istiadat pemakluman yang dilangsungkan hari ini. Beliau yang juga Dato’ Perba Luak Rembau berkata, proses itu akan memberi penekanan kepada keindahan adat Luak Rembau, kemuliaan…










