Polis Kelantan perketat tahap keselamatan seluruh balai, pondok

Polis Kelantan perketat tahap keselamatan seluruh balai, pondok

MUHAMAD Zaki Harun (dua kiri) memeriksa perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan memperketatkan tahap keselamatan di seluruh balai dan pondok di negeri ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menggelakan sebarang kejadian tidak diingini berlaku susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, bulan lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, diseluruh Kelantan pihaknya mempunyai 10 buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), 57 balai polis dan 27 pondok polis termasuk di kawasan yang terpencil.

Menurutnya, walaupun belum ada lagi sebarang kejadian tidak diingini berlaku namun seluruh pasukan sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Mesyuarat khas turut diadakan
bersama semua ketua-ketua polis daerah bagi membentang laporan berkait tahap keselamatan.

“Selain itu, semua pegawai dan anggota sentiasa diberikan peringatan semasa menjalankan tugas termasuk mematuhi SOP penggunaan senjata api,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, tahap keselamatan di seluruh berek turut diberikan perhatian sewajarnya.

Katanya, pada masa sama bantuan dari pegawai dan anggota yang tinggal di setiap berek polis turut diperlukan jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, dua anggota polis maut manakala seorang lagi cedera selepas mereka diserang seorang lelaki yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram, Johor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN