Polis akui kes judi dalam talian wujud di Kelantan

Polis akui kes judi dalam talian wujud di Kelantan

MUHAMMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengakui kewujudkan aktiviti judi dalam talian di negeri ini apabila sebanyak 37 kertas siasatan telah direkodkan di Kota Bharu sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 27 kertas siasatan telah berdepan pendakwaan di mahkamah bermula dari Januari hingga Disember.

Menurutnya, sebanyak lapan kes sudah selesai manakala dua lagi dalam siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain Kota Bharu, Pasir Mas merupakan daerah kedua apabila merekodkan 27 kertas siasatan diikuti Tanah Merah (24), Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10).

“Sementara Pasir Puteh dan Bachok masing-masing sembilan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2),” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kesemua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan pada tahun lalu berjumlah 163.

“Sepanjang Januari hingga hari ini sebanyak 83 kes telah direkodkan. Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas dan Tanah merekodkan kertas siasatan paling tinggi iaitu 14.

“Diikuti Kota Bharu 13, Bachok (9), manakala Tumpat, Pasir Puteh dan Machang masing-masing tujuh. Kuala Krai (6) dan Jeli serta Gua Musang (3),” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, Polis Kelantan mengambil serius perkara ini dan akan terus melakukan operasi dalam membanteras aktiviti tidak sihat itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×