PETALING JAYA: Tentera Darat (TDM) mengesahkan pesawat M81-11 (Agusta L109H) melakukan pendaratan kecemasan semasa sesi Latihan Penerbangan Malam Kursus Army Aviation Basic Officer Course di Landasan Terbang Kem Mahkota Kluang, Johor pada jam 1.35 pagi hari ini. Insiden itu melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, penuntut kursus dan seorang kru kuatermaster. “Hasil awal pemeriksaan perubatan mengenal pasti beberapa kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota seperti patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa bahagian anggota badan serta lain-lain kecederaan yang masih belum dikenal pasti,” katanya dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya