KUANTAN: Biarpun berdepan bencana ribut dan kepala angin kelmarin, kariah Masjid Tareq Bin Ziyad di Kempadang Perdana di sini tetap bersemangat meneruskan ibadah korban, esok. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, mereka giat melakukan persiapan kali kedua selepas sebahagian tempat penyembelihan, pemotongan dan agihan daging musnah akibat ribut. Pengerusi masjid, Zulkifli Hassan berkata, bencana seumpama itu sememangnya tidak pernah diduga. Menurutnya, ini kerana sejak 10 tahun pengoperasian masjid tersebut di tapak berkenaan…