JOHOR BAHRU: Cubaan seorang lelaki memberi rasuah kepada polis sebanyak RM18,000 semasa serbuan di kediamannya yang dijadikan tempat simpanan arak seludup di Taman Air Biru, Pasir Gudang, di sini ‘makan diri’. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, suspek cuba memberi rasuah beberapa kali semasa operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di rumah suspek yang berusia 51 tahun. “Semasa serbuan dijalankan, pihak polis bertindak menahan seorang lelaki warga Nepal yang berusia 48 tahun. Lelaki itu mempunyai dokumen yang sah dan bekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya