SEREMBAN: Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM10,000 sebagai dorongan menguruskan permohonan tanah di Negeri Sembilan. Perintah reman selama tujuh hari itu dikeluarkan Majistret, Syed Mohd Farid Syed Ali bermula hari ini sehingga 17 Jun depan selepas menerima permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret disini. Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira…