SEREMBAN: Kehadiran sekumpulan anjing liar yang kian kerap berkeliaran di kawasan perumahan mereka mendatangkan rasah resah dan bimbang bagi penduduk di Taman Desiran, Bandar Enstek, Nilai di sini. Pengerusi Persatuan Penduduk Desiran Timur@Enstek, Md Nizam Razali berkata, pada awalnya masalah itu hanya melibatkan kehadiran dua ekor anjing sahaja namun jumlah haiwan itu semakin bertambah sehingga belasan ekor. “Pagi ini sahaja, kelihatan kira-kira 15 ekor anjing liar berkeliaran di taman permainan…










