KUALA TERENGGANU: “Apalah sangat pengorbanan yang saya lakukan ketika ini, terlalu kecil hendak dibandingkan jasa dan kasih sayang ayah membesarkan saya selama ini,” kata Muhammad Afif Mohd. Ezani, 25. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembinaan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu sanggup menangguhkan pengajiannya pada tahun terakhir demi menjaga bapanya yang menghidap kanser otak. Muhammad Afif berkata, bapanya, Mohd. Ezani Abas, 62, telah disahkan menghidap penyakit itu pada…










