PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan enam nelayan Vietnam yang menggunakan bot milik warga tempatan untuk menangkap ikan di perairan negara semalam.
Bot yang dikendalikan oleh seorang tekong dan lima kru itu ditahan sekitar pukul 4.30 petang pada jarak enam batu nautika dari muara Tok Bali.
Pengarahnya Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, semasa melakukan rondaan menerusi Op Damai, Op Naga Barat dan Op Tiris anggota bertugas telah ternampak sebuah bot milik warga tempatan yang berada dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, sejurus ditahan pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua suspek itu masing-masing berusia antara 31 hingga 54 tahun.
“Kesemuanya mereka itu disyaki warga negara Vietnam bekerja diatas bot tersebut. Pemeriksaan lanjut turut mendapati tekong dan salah seorang kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang meragukan.
“Bot dan kesemua kru kemudiannya ditahan dan diiringi ke jeti Maritim Malaysia Kelantan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Erwan Shah memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).-UTUSAN











