BATU PAHAT: Mangsa keempat nahas membabitkan kereta BMW yang merempuh sebuah treler di Kilometer 123.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Pagoh malam tadi meninggal dunia. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pukul 8.23 malam itu, kereta BMW 3 Series itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun membawa tiga wanita warganegara Vietnam berumur 19 hingga 32 tahun. Katanya, siasatan awal mendapati treler yang yang dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru itu mengalami kerosakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya