KUANTAN: Lawatan penanda aras Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu sepatutnya menjadi kenangan terakhir sebelum berpencen buat seorang mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan membabitkan bas persiaran bertembung treler di jalan Kuantan-Segamat, berhampiran simpang tiga Bahau, di Rompian awal pagi tadi. Mangsa, Hamzah Ahmad, 60, pembantu operasi sekolah itu disahkan meninggal dunia sekitar pukul 10 pagi ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di…










